Saturday, 8 November 2014

Warna-warni kehidupan

Warna-warni kehidupan. Mungkin kita terbiasa mendengarnya .akan tetapi dengar sahaja.semua orang melaluinya. iya aku mengerti itu.
tapi adakah korang faham ada apa ianya.?

   Kehidupan adalah sesuatu yang berharga. Tidak kisah lah sesiapa juga orang itu. Walau miskin walau cacat tapi diletakkan di mana pun.ianya sangat berharga.
  Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai takdir tersendiri. Pada aku kita dalam kehidupan ini sentiasa mempunyai pilihan cuma kita perlu memilih mana satu yang terbaik.
  Life is like a box of chocolate you never know what you gonna get. Setiap manusia pasti akan menempuhi liku-liku cabaran dalam kehidupan.
YAA.. itulah sebenarnya kehidupan . Kesilapan juga adalah salah satu perkara yang penting bagi kita untuk kita belajar mengerti. Supaya tidak diulangi kesilapan yang lalu. Pengalaman juga adalah salah satu guru yang terbaik untuk kita meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia yang masih meniti hari hari .
  Dan akhir sekali penghormatan besar buat seorang manusia adalah kematian. Setelah dia berhempas-pulas membina kehidupan untuk dirinya dan orang lain. Dia akan mengalami kematian kerana mati itu adalah sebahagian dari kehidupan.
   Dan yang paling pasti semua manusia akan melaluinya. cuma cepat atau lambat hanya tuhan yang maha mengetahui.

Itulah serba sedikit tentang kehidupan yang dapat aku coretkan di dalam blog ini.
Akhirul kalam assalamualaikum..

Wednesday, 5 November 2014

Pertama

Assalamualaikum.
Hari ini adalah hari pertama aku membuat blog ini.
Baru masuk dalam alam blog ni.
Hehe
Tapi sekarang ni aku berasa sangat exited sebab dah buat 1 blog untuk aku sendiri
Hanya menggunakan android devices je. Tak payah gune pc.

Kisah nabi uzair a.s

Nabi Uzair A.S.

Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh A.S. dan Nabi Ibrahim A.S. iaitu sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS. Nabi Uzair A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T, salah satu diantara 313 orang Rasul utusan Allah. 

Kemusnahan kota Jerusalem
Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali akibat sikap mereka yang degil. Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka iaitu tentera dari kalangan bangsa Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang menyerang Jerusalem dan membunuh penduduknya dan seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali termasuklah harta benda mereka yang dirampas. Kota tersebut sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal.

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil meninggalkan kemusnahan di belakangnya, Nabi Uzair A.S. telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat. 

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada Allah S.W.T dengan berkata “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?"

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun. Dalam tempoh 70 tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah pesat dan membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula
Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau menghidupkan kembali beliau dengan jasadnya sebagaimana sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada beliau: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Beliau menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) beliau pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS 2 Al Baqarah 259).

Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan masyarakat
Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke rumahnya sendiri yang ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun. Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair? Beliau (wanita itu) mengiakan persoalan itu dan menyatakan yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya, apabila beliau berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair, wanita itu pun mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan nabi Uzair pun didatangi oleh anaknya sendiri yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua bahunya. Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat
Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan kitab itu sudah dibakar kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi Uzair mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat dari tempat persembunyian asalnya, didapati kertasnya sudah reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula kitab Taurat, maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah disebabkan dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka, ini adalah tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau tidak mampu menyampaikan ajaran kitab Taurat kecuali daripada penulisan Taurat itu sendiri sedangkan Nabi Uzair berupaya menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya. Perbuatan mereka ini amatlah tercela dan dilaknat oleh Allah kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Hal ini telah dirakamkan dalam Al Quran yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah 9:30)

kisah nabi syam'un a.s

Nabi Syam'un A.S.

Etimologi
Simson: Ibrani, شمشون : Arab atau Syam'un ertinya 'yang berasal dari matahari'. Nabi Syam'un adalah salah seorang Nabi dari kalangan Bani Israil.

Syam'un dalam Islam
Kisah Nabi Syam'un/Samson ini tidak terdapat dalam Al Quran namun kisah Syam'un ini ada pada kitab Qisasul Al Anbiya'. Dalam kitab itu dikatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh sahabatnya, "Apa yang membuatkanmu tersenyum wahai Rasulullah?" Muhammad menjawab, "Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar, ada seorang Nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam syurga. Beliau adalah Syam'un".

Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. berkumpul pada bulan suci Ramadhan. Di dalam usrah itu Rasulullah S.A.W. bercerita mengenai Nabi Allah S.W.T. bernama Syam'un A.S. Rasulullah S.A.W. menggelarnya Sam’un Ghazi.

Syam'un A.S. telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

Berani menentang kebatilan
Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang ingkar dengan perintah Allah S.W.T. Pada masa itu, Raja Israil sendiri adalah seorang yang ingkar dengan perintah Allah dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan baginda tidak henti-henti untuk berdakwah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.

Sifat istiqamah Syam'un A.S. mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Syam'un A.S. pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya Syam'un A.S. ditangkap.

Syam'un A.S. telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Syam'un A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah S.W.T. memakbulkan doa baginda.

Syam'un A.S. telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

                       gambar ilustrasi.


Selepas kejadian itu, Syam'un A.S. kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam Lailatul Qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.

Hal ini adalah kerana terdapat sahabat baginda Rasulullah S.A.W. yang bertanya kepada baginda untuk mereka ikut jejak langkah Nabi Syam'un A.S. Baginda terdiam sejenak sebelum malaikat Jibril datang menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah S.A.W. mengenai satu malam pada bulan Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar iaitu sesiapa yang beribadat pada malam tersebut, pahala amalannya menyamai 1000 bulan beribadat.