apabila seseorang itu melaporkan dirinya ke pusat latihan asas tentera tak kira laut,darat atau udara segala-galanya akan menjadi kejutan budaya. tidak semua individu boleh menerimanya.
di pusat latihan selama 6bulan para rekrut diajar dan didoktrin pemikiran mereka dibasuh dan diasuh.
'Hell' bermula apabila selepas mengangkat sumpah. setiap rekrut akan merasakan diri mereka dianiaya sebenarnya itu adalah dalam proses meng 'transform' kan diri mereka. rekrut diajar bangun sebelum seawal 5pagi untuk mengemas bilik dan 'layout' katil masing². dari bilik para rekrut diajar apa itu erti kerjasama sorang buat 'slack' habis semua kena.
senaman perang menjadi makanan rekrut pagi petang pada setiap hari menerapkan jati diri cerdas untuk berjuang.
setelah berhempas pulas selama 3bulan rekrut diberikan sokongan dan dorongan moral untuk menjalani karnival sukan melalui karnival sukan itulah rekrut dapat meningkatkan moral mereka. sepanjang latihan asas selama 6 bulan rekrut tidak dibenarkan keluar dari kem lansung kecuali diatas sebab2 kebajikan keluarga tetapi rekrut dibenarkan menggunakan 'public phone' untuk menghubungi keluarga.
sepanjang latihan selama 6bulan rekrut melalui jadual yang padat. para rekrut diajar erti kerjasama,menyimpan rahsia
untuk membina profil ketenteraan individu
.jika melanggar arus hukuman yang teruk akan menanti mereka gambar perajurit muda tentera darat semasa mengambil hadiah setelah selesai pertandingan merentas halangan
kerana itulah diterapkan sikap kerjasama dalam satu pasukan
serta kekuatan mental dan fizikal.solat 5waktu juga dititik beratkan sepanjang menjalani latihan asas ini bagi yang bukan muslim mereka dibenarkan setiap minggu pergi kerumah ibadat masing².
kesusahan dan kepayahan yang dilalui para rekrut secara automatiknya menerapkan sifat setiakawan "susah sama susah senang sama senang"
hari yang paling indah buat para rekrut ialah hari menamatkan latihan dengan jayanya dan megahnya satu perbarisan diadakan tanda mereka adalah warga baru diterima masuk berkhidmat dalam angkatan tentera.
ini adalah satu proses yang memeritkan walaupun ianya adalah pilihan sendiri.
tidak terlepas juga ada kes2 terpencil seperti rekrut jadi gila ingin bunuh diri kerana tidak mampu menahan tekanan2 yang diberikan. kerana bukan semua ketahanan individu itu kuat. bagi yang bakal menjadi rekrut diharap mempersiapkan mental dan fizikal yang kuat serta niat yang lurus..
gambar perajurit muda tentera darat dalam perbarisan tamat latihan asas rekrut di pusasda port dickson.